
Bachelor of Economics (Hons.) | Royal Education Award Recipient | Malaysia
“Sebagai pelajar, kita memang akan ‘juggle’ banyak perkara. Sebab itu perancangan sangat penting - jika gagal merancang, kita merancang untuk gagal.”
Sebagai penerima Biasiswa Yayasan Khazanah Watan, saya bersyukur dapat menamatkan pengajian dengan kecemerlangan akademik sambil aktif memimpin sebagai ahli Majlis Penasihat Tertinggi Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SEKRUM) dan Pemudahcara Mahasiswa Sentral.
Sokongan staf, pengurusan fakulti dan universiti memainkan peranan penting dalam memberikan lonjakan kepada setiap aktiviti yang kami laksanakan. Ekosistem FPE yang kondusif sangat membantu saya berkembang sebagai individu dan pemimpin.
Kini saya bersedia memulakan kerjaya sebagai Penganalisis Pelaburan di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan saya berharap dapat terus menyumbang kepada negara melalui bidang ekonomi dan kewangan.
“Kejayaan saya hari ini juga terselit doa kawan-kawan yang dimakbulkan Tuhan. Semoga semua terus berjaya dan menghargai setiap bakat yang ada.”
Last Update: 09/12/2025