• Welcome to Faculty of Business and Economics
  • umfpe@um.edu.my
logo
logo
Ucapan Tahniah Olahragawan Staf UM 2025
  UCAPAN TAHNIAH     SUKAN  
Olahragawan Staf Universiti Malaya 2025
Tahniah kepada En. Muhammad Fadhil Bin Che Morad atas pencapaian cemerlang
Nama En. Muhammad Fadhil Bin Che Morad
Anugerah Olahragawan Staf Universiti Malaya 2025
Acara Pencak Silat
Tarikh Majlis Khamis, 16 April 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Muhammad Fadhil Bin Che Morad atas kejayaan cemerlang beliau merangkul Anugerah Olahragawan Staf Universiti Malaya 2025 sempena Malam Anugerah Sukan Universiti Malaya 2026.

Kecemerlangan dalam Sukan, Inspirasi kepada Warga Universiti

Pengiktirafan ini adalah hasil daripada pencapaian gemilang beliau di peringkat antarabangsa, termasuk kejayaan meraih pingat emas dalam acara pencak silat di kejohanan Australian Open 2024 serta kejohanan antarabangsa di Bogor, Indonesia pada tahun 2025.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Universiti Malaya, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti dalam mengimbangi kecemerlangan kerjaya dan sukan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Malaya


Highlights